PEMBERI maklumat, Rudolf Helmer yang menyerahkan dua CD mengandungi data lebih 2000 pelanggan pelbagai negara di bank Swiss kepada pengasas Wikileaks, Julian Assange, ditahan polis Zurich.
Pendakwa raya mendakwa Helmer telah melanggar undang-undang kerahsiaan bank Swiss dengan menyerah dan mendedahkan data mengenai pelanggan yang didakwanya melakukan pelbagai salah laku urusan kewangan itu.
Semalam, Helmer didenda oleh mahkamah Zurich sebanyak RM30,000 kerana didapati bersalah memecah dan melanggar hak kerahsiaan pelanggan bank serta melakukan ugutan bunuh ke atas seorang petugas bank.
Helmer, bekas pegawai bank swasta Julius Baer, mendapat perhatian dunia apabila menyerahkan 2 CD mengandungi data dan maklumat besar mengenai pelanggan bank Swiss kepada Wikileaks. Menurut Helmer data berkenaan akan mendedahkan beberapa sebab kenapa struktur kewangan dunia menjadi kacau bilau.