SEORANG pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Belanda, pagi kelmarin.
Chin Swee Len, 34, ditemui mati di bilik hotel Amsterdam Schiphol Airport, selepas kehilangannya disedari oleh beberapa rakan dan petugas.
Difahamkan, Swee Len terbang ke Belanda pada Selasa lalu dan dijangka pulang semalam. Bagaimanapun, rakan setugas dan pengurusan penerbangan itu menyedari kehilangan ketika mahu bertolak ke Kuala Lumpur.
Sehingga kini tidak diketahui punca kematian Swee Len.
Pengarah Operasi MAS, Capt Azhaaruddin Osman, dipetik berkata pihaknya amat bersedih di atas pemergian seorang staf yang amat berdedikasi.
Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan dikatakan telah berlepas malam tadi menaiki penerbangan pesawat MAS.