pix:HarianMetro |
IBU nak bela anak, tapi sebagai ibu harus faham, Syazwani itu adalah kawan rapat anaknya sendiri yang lebih 14 tahun saling mengenali.
Fasha kini serba salah. Dia faham perasaan ibunya apabila menyalahkan Syazwani kerana meletakkan gambar percutian penuh seksi itu di dalam internet. Fasha faham, Syazwani tidak ada niat lain kecuali untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Lagipun Fasha sendiri memberi keizinan untuk Syazwani meletakkan gambar mereka di dalam internet. Salah Syazwani kerana tidak terfikir, gambar itu memberi impak besar kerana Fasha adalah seorang selebriti. Salah Fasha pula ialah kerana dia tidak mengingatkan Syazwani tentang gambar mana boleh, gambar mana tidak.
Akhirnya jadi kacau. Demikian segalanya bermula sehingga Fasha dikecam hebat. Tentang ibunya yang membela anak sendiri, memang demikianlah sebenarnya sifat kebanyakan ibu. Bagaimanapun, jelas Syazwani tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.
Salah lebih banyak pada Fasha. Kesalahan besarnya ialah kenapa mesti berpakaian sebegitu dan dirakamkan. Kalau dirakamkan, bermakna akan ditonton semula. Jadi risikonya pun besar. Tanggung dan pikul walaupunn pedih.