nuffnang ads

Sunday, January 16, 2011

PRAMUGARI MAS, CHIN SWEE LEN DIPERCAYAI DICAMPAK DARI TINGKAT EMPAT HOTELNYA

PRAMUGARI kanan MAS, Chin Swee Len, dipercayai diserang dan dicampak oleh penyerangnya dari tingkat empat, sebelum dia ditemui mati di tempat letak kereta di tingkat bawah Hotel Radisson, Amsterdam jam 9 pagi Jumaat lalu.

Seorang tetamu hotel berkenaan menemui mayatnya dan menghubungi polis. Polis yang menyiasat bilik mangsa melihat ada kesan ia dipecah masuk dan keadaan biliknya juga berselerak.

Chin yang bertugas dengan MAS sejak 1997 sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia tinggal di Taman Oakland, Seremban, bersama suaminya.

Misteri kematian Chin disedari beberapa rakannya apabila dia tidak hadir pada taklimat di lobi hotel penginapannya, sejuru sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur - rutin biasa bagis emua krew penerbangan sebelum berlepas pulang.

Menyedari kehilangannya, beberapa rakannya bergegas mencari beliau dan terkejut selepas itu apabila diberitahu penemuan mayatnya dalam keadaan mengerikan, dipercayai dicampak dari tingkat empat bilik penginapannya.

Polis Belanda kini sedang membuka kertas siasatan berhubung kematian Chin.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10