LEBIH 80 peratus bandar bersejarah Rochester di Australia tenggelam malam tadi, menjadikan ia antara bandar kecil yang bakal hilang dinaiki air dari Sungai Campaspe yang semakin meningkat. Sehingga malam tadi, air sungai berkenaan mencecah rekod kenaikan tertinggi pada paras 9.15 meter, memaksa 2,000 penduduknya bertempiran menyelamatkan diri.
Bekalan air minuman dilaporkan turut kehabisan di bandar itu manakala semua hospitalnya telah penuh dan sesetengah pesakit kronik dipindahkan ke hospital lain yang lebih selamat.
|
Bandar Charlton dan Rocehester tenggelam lebih 80 peratus. Banjir terus mendera Australia, negara yang pernah menumpahkan darah rakyat Iraq dahulu. |
Bandar Charlton turut menerima nasib serupa pada banjir yang semakin memburuk di Australia. Tiada tanda banjir akan surut kerana cuaca lembab dan hujan lebat terus turun tidak berhenti. -AAP