nuffnang ads

Friday, January 21, 2011

PRAMUGARA MAS CEDERA PARAH KEMALANGAN DI INDIA


SEORANG pramugara MAS, K Raj Kumar, 38, cedera parah apabila terbabit dalam satu kemalangan di Kottaya, India, Sabtu lalu.

Raj Kumar bersama tiga ahli keluarganya menaiki sebuah kereta, sebelum kereta dinaiki yang dipandu lelaki tempatan bertembung sebuah bas.

Beliau kini parah dan berada di ICU Hospital Kolej Perubatan Pushpagiri di Kerala. Adik lelakinya, Yoga Anand , 30, juga pramugara MAS, cedera ringan. Bapanya, A Kanapuran, 62, dan sepupu Raj Kumar dikenali Dr Paneer, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, Raj Kumar dalam perjalanan ke lapangan terbang Cochin selepas selesai mengadakan upacara keagamaan di Kuil Sabarimala, Kerala.

Menurut isterinya, Anurada, 36, suaminya kini tenat dan dia yang mendengar berita itu segera bergegas dari Shah Alam untuk melawatnya.

Konsulat Malaysia bagi Selatan India, Anuar Kasman, mengesahkan pihak berkuasa India ada memaklumkan pihaknya mengenai kemalangan yang menimpa Raj Kumar itu.-nst

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10