nuffnang ads

Wednesday, January 26, 2011

PERBALAHAN MENGENAI SEORANG WANITA DIPERCAYAI PUNCA TIGA DIBUNUH DI PENGKALAN BALAK, MELAKA


PERTIKAIAN dan perbalahan mengenai seorang gadis dipercayai antara punca tiga remaja mati ditikam dalam satu kejadian malang Jumaat lalu, di Jalan Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Polis tidak menolak kemungkinan itu selain meneruskan siasatan terhadap beberapa kemungkinan lain, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye.

Menurut Chua, siasatan awal mendapati ada beberapa kemungkinan kejadian itu berlaku, termasuk pertikaian mengenai seorang gadis dan perbalahan sesama sendiri ketika di dalam perjalanan sebelum kejadian.

Bagaimanapun, katanya siasatan masih diteruskan selepas suspek utama kejadian itu yang berusia 16 tahun menyerah diri kepada polis di Plaza Tol Sungei Besi, Kuala Lumpur, jam 9.30 Ahad lalu.

Suspek kemudian dibawa ke Melaka dan membawa pasukan penyiasat ke kawasan semak di Taman Seri Cahaya, sebelumm menemui sebilah pisau sepanjang 35 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Dalam kejadian Jumaat lalu, tiga remaja terbunuh dengan kesan tikaman di Jalan Kampung Solok, Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai La Ee Shen, 20, Chong Say Keong, 17 dan Tai Chi Yang, 18 tahun.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10