FASHA Sandha memang kuat orangnya. Baru sahaja dilaporkan putus cinta, tak setitis air matanya mengalir!
Terbaru dia dilaporkan oleh Kosmo telah membuka sebuah salun kecantikan yang ditubuhkan menerusi syarikat CHINTA HAIR SALON & BEAUTY, di mana Fasha adalah pengarah urusan syarikat itu.
Dikatakan salun itu akan beroperasi Februari ini dan Fasha melahirkan keyakinan ia akan mendapat sambutan menggalakkan. Salun ini beroperasi di Wangsa Maju. Kepada peminat Fasha yang datang menaiki motosikal, jangan lupa tongkat dahulu motosikal sebelum ke salun itu. Kepada yang menaiki kereta, matikan enjin kereta terlebih dulu. Jangan rebut-rebut dan yang paling penting jangan pegang-pegang, duduk rengang-renggang!
Ya Fasha, lupakan cinta. Julanglah Chinta! Semoga berjaya.