nuffnang ads
Saturday, January 8, 2011
PEMUNGUT HUTANG BAKAR KERETA DIPENJARA 5 TAHUN DAN 24 SEBATAN
SEORANG pemungut hutang yang bekerja dengan sebuah syarikat pemberi pinjaman tidak berlesen dikenakan hukuman penjara 5 tahun dan 24 sebatan, semalam oleh Mahkamah Singapura, selepas didapati bersalah membakar kereta ketika menjalankan tugas memungut hutang.
Low Chick Kim, 30, membakar kereta milik orang lain yang tidak bersalah ketika melakukan jenayah itu di Choa Chu Kang.
Sebelum bekerja sebagai pemungut hutang, Low berdepan masalah kerana berhutang $3,000 dengan seorang along. Bagi mengelakkan bapanya diganggu kerana kegagalannya membayar hutang, Low bekerja dengan sebuah syarikat pemberi pinjaman tidak berlesen.
Dia tergamak melakukan kekerasan termasuk mengancam mereka yang tidak dapat membayar hutang, sedangkan hakikatnya sebelum itu dia sendiri tidak mahu gangguan serupa menimpa bapanya.
Hakim Daerah, Jasbider Kaur ketika menjatuhkan hukuman berkata, itu adalah antara kes paling teruk membabitkan gangguan ke atas peminjam.