nuffnang ads

Saturday, January 8, 2011

DARI AKHBAR CINA: BERBARIS WANITA TUNGGU GILIRAN UNTUK TIDUR DENGAN KASANOVA

AMAT celaka dan terbongkar akhirnya nafsu-nafsi wanita, apabila dalam diam rupanya ramai yang sanggup berbaris menunggu giliran - semata-mata untuk menikmati jurus kungfu ranjang yang dimiliki oleh seorang kasanova.

Semua itu bermula apabila kasanova berkenaan, seorang lelaki warga Singapura menyebarkan rakaman hubungan seks dengan teman wanitanya di dalam laman blognya. Dia dengan gaya bersahaja menawarkan mana-mana wanita yang mahu mempelajari jurus seks di ranjang seperti dipaparkan dalam blognya, supaya menghubunginya.

Bagi memperdaya emosi dan nafsu wanita, kasanova itu melakonkan pelbagai aksi dan jurus luar biasa ketika mengadakan hubungan dengan teman wanitanya di dalam blog itu. Terbukti dia berjaya mengumpan, apabila ramai wanita tanpa segan-silu menghubunginya untuk mendapatkan ilmu jurus di ranjang itu.

Bagaimanapun, kesemua wanita yang menunggu giliran dikatakan hampa apabila teman wanita kasanova itu membuat laporan polis. Dengan bantuan seorang peguam wanita yang bekerjasama dengan polis, kasanova itu diperangkap.

Menurut peguam berkenaan, dia terpaksa menyamar sebagai salah seorang wanita yang kehausan dan amat memerlukan tidur bersama kasanova terbabit. Walaupun pada peringkat awal kasanova itu amat berhati-hati termasuk bertanyakan banyak soalan seperti tempat kediaman dan tempat kerjanya, dia akhirnya berjaya diberkas.

Demikianlah kisah hidup di balik tabir tentang lelaki dan wanita yang sesekali dapat disingkap berjaya memaparkan wajah satu kebobrokan!-Sin Chew Daily

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10