nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

PELANCONG MATI DIGIGIT DUA ANJING DI LADANG ORGANIK DI TELUK BAHANG

SEORANG pelancong Ireland, mati apabila diserang dua anjing yang dibela pemilik ladang organik di Teluk Bahang, Georgetown, Pulau Pinang, dalam satu kejadian tragis di depan isteri pemilik ladang itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sullivan Maurice, 50, mati di tempat kejadian apabila digigit kedua-dua telinga sehingga putus dan seluruh badannya dicakar dan dikerkah. Sementara tulang rahangnya juga retak dalam serangan yang berlaku tanpa diduga itu.

Sebelum kejadian, Maurice dikatakan membawa temann wanitanya, seorang warga Poland berusia 28 tahun untuk melawat ladang organik itu dan bercadang merakamkan gambar bagi kerja penanaman pokok durian.

Bagaimanapun, hajat mereka tidak kesampaian apabila kedua-dua anjing yang tidak berikat itu menyerang Maurice secara tiba-tiba.

Isteri pemilik ladang berkenaan, berkata pasangan pelancong itu ada datang melawat ladang milik suaminya semalam (Sabtu) dan sempat pula bermain dengan kedua-dua anjing berkenaan, tetapi tidak berdepan sebarang masalah.

Cuma pagi ini, dia sendiri tidak menyangka kedua-dua anjing itu terus sahaja menyerang Maurice dan tidak henti menggigit seluruh badan mangsa, menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10