nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

BINI MUDA SERANG MADU TUA, DIREMAN EMPAT HARI BERMULA HARI INI

SEORANG isteri muda yang menyerang madunya menggunakan parang di sebuah rumah, jam 10 pagi Jumaat lalu, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahan reman dikeluarkan majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin.

Wanita berusia 28 tahun itu dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil, ditahan ketika berlindung di rumah keluarganya di Kampung Kura, Kuala Nerang, sejurus dia menyerang dan mencederakan madunya Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, madunya, Siti Aminah Hanafi, 54, cedera di kepala, muka dan beberapa bahagian badan selepas diserang suspek, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10