nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

PAKAI TUALA..PAKAI TUALA. JANGAN TAKUT, ANA MAHU UBATKAN: USTAZ DITAHAN DAKWAAN CABUL REMAJA 14 TAHUN

SEORANG ustaz ditahan polis, kelmarin selepas dia didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, ketika mendapatkan rawatan membuang penyakit konon buatan orang di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Ahad lalu.

Remaja terbabit bersama ibunya yang berusia 43 tahun dikatakan pergi mendapatkan rawatan di rumah suspek selepas mangsa dikatakan terkena gangguan kerana sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarganya.

Tiba di rumah berkenaan, mangsa disuruh menanggal pakaian dan memakai tuala serta diarahkan masuk ke bilik air, sementara ibunya diiminta menunggu di luar sambil membaca al-Quran.

Ketua Polis darah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dicabul uztaz berkenaan sambil membaca jampi.

Selepas pulang, remaja berkenaan menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan dia dibawa ke Balai Polis Sungai Bakap, untuk membuat laporan.

Bertindak daripada laporan itu, polis menahan suspek yang pernah mendapat pengajian tingginya di Syria, telah berkahwin serta mempunyai lima anak.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10