nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

AWAS PENGGUNA PRODUK SUSU KAMBING: 90 PERATUS SAMPEL PRODUK DIUJI MENGANDUNGI LEBIH 50 PERATUS SUSU LEMBU!

PENIPUAN dalam penghasilan produk berasaskan susu kambing di dunia, dikesan oleh Jabatan Kesihatan Taiwan, semalam apabila ujian yang dilakukan menunjukkan majoriti produk berkenaan, termasuk empat produk susu segar dan 13 produk berbentuk pil, dicampurkan dengan susu lembu!

Jabatan Kesihatan Taiwan telah melakukan ujian kandungan membabitkan 17 jenis produk susu kambing yang berada di pasaran dan dijual menerusi online.  Hasilnya, 12 daripada 13 produk berbentuk pil atau tablet diuji positif mengandungi susu lembu.

Malah 10 jenis produk itu pula yang diuji didapati mengandungi kandungan susu lembu melebihi 50 peratus. Ini membuktikan berleluasanya penipuan dalam produk susu kambing di dunia.

Pakar Teknikal Kanan Jabatan Kesihatan negara berkenaan, Chiang Yu-Mei, berkata campuran susu lembu dalam produk susu kambing itu datangnya daripada pebagai sampel dan jenama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10