nuffnang ads

Wednesday, January 19, 2011

NENEK 51, DICEKUP DENGAN ANAK IKAN, 24, DI HOTEL MURAH

NENEK ini bukan sebarang pembela ikan. Cuma anak ikan yang dibelanya, disimpan di akuarium murah. Malam kelmarin, nenek 51 tahun dan anak ikannya yang berumur 24 tahun, bagaimanapun terperangkap apabila ditangkap berkhalwat di sebuah hotel murah di Shahab Perdana, Alor Setar.

Nenek berkenaan sanggup menyewa hotel murah untuk melepaskan rindu dendam dengan anak ikan yang lebih muda 27 tahun daripadanya, selepas berkenalan lebih sebulan.

Mereka dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) jam 2 pagi. Ketika ditahan dia memakai baju tidur separas lutut manakala anak ikannya hanya berseluar jeans tanpa baju di atas katil.

Cerita nenek itu berkenalan dengan anak ikannya juga ringkas dan lucu. Semuanya kerana tersalah mendail nombor telefon. Tapi nenek itu melayan dan akhirnya dia pun bersetuju membela anak ikan itu dalam akuarium cintanya!

Ketika ditahan, nenek itu memberi alasan mereka hanya berbual selepas keluar berjalan-jalan dan singgah di hotel itu dengan mendaftarkan namanya, konon cuba mengelak daripada dikesan.

Nenek...nenek...kalau sempat katakan sempat, kalau tidak jangan kempunan, tua-tua pun buat maksiat, tak ingatkah pada Tuhan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10