HARI ini Najib memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, jangan cuba-cuba mengajak dia berdebat. Nanti demam Anwar, katanya.
Ini sudah kira bagus. Kita bagi Anwar Ibrahim demamlah. Anwar Ibrahim mesti nak rasa macam mana demam yang Najib maksudkan itu.
Apa salahnya kalau Anwar Ibrahim demam. Semua rakyat nak tengok macam mana rupanya Anwar Ibrahim kalau demam. Apa ubat agaknya yang boleh buat Anwar kebah dan sembuh. Atau Najib rasa memang tiada ubat untuk demam Anwar kali ini.
Tak sabar pula rasanya nak tengok Najib demamkan Anwar. Tak sabar rasanya nak lihat ketika harga sardin naik ini, Anwar didemamkan. Jangan pula nanti demam berpatah balik kepada Najib sudahlah. Apa pun tahniahlah sebab Najib menjawab juga.
Dalam dunia ini banyak benda boleh bertukar dan berkalih. Apa pun rakyat boleh tengok sendiri nanti kalau debat ini berlaku. Benarkah Anwar yang demam, atau Najib tak kebah-kebah.