MUFTI PERAK, Datuk Seri Harussani Zakari, menggesa Presiden MCA, Chua Soi Lek, meminta maaf kepada orang Islam di negara ini kerana mempertikaikan tertib bersalam yang diamalkan oleh wanita Islam di negara ini.
Menurut beliau, perbuatan mempersoalkan tertib wanita Islam bersalam yang dijadikan antara kempen pada pilihanraya DUN Tenang kini, adalah satu pendirian yang menghina Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini.
Justeru, Harussani dalam kenyataan dipetik ketika dihubungi TMI menggesa presiden MCA itu meminta maaf kepada orang Islam.