DAPAT mimpi memang pilihanraya ada pada tahun ini. Dalam mimpi kata, jangan pilih orang yang mempunyai perangai dan sifat seperti berikut untuk dijadikan calon mewakili rakyat di kawasan mereka:
1.PANDAI CAKAP, TAPI SUKA MEMUKUL TONG KOSONG
2.MABUK POPULARITI, PANTANG NAMPAK KAMERA DIA DI DEPAN SEKALI
3.MABUK TUAK, KAKI MINUM YANG CAKAP MERABAN DAN MERAPU
4.KAKI PERGI MEDAN DAN BALI, KONON LAWATAN KERJA
5.YANG SERING NAMPAK DI KENDURI KAHWIN, TAPI KETIKA ADA KEMATIAN BATANG HIDUP PUN TAK KELIHATAN
6.YANG SUKA MASUK PERTANDINGAN LOMPAT JAUH, SEMAKIN JAUH LOMPAT SEMAKIN KUAT DIA TINGGALKAN PARTI
7.YANG SUKA MENGGARU HIDUNG APABILA BERCAKAP
8.YANG SUKA MASUK TANGAN KE DALAM POKET SELUAR KETIKA BERTEMU RAKYAT
9.YANG MENGAKU ADA PHD, TAPI SEMUA DIBELI. SPM PUN DUA TIGA KALI AMBIL
10.YANG BARU HIDUP NAK SENANG, SEBAB JENIS INI LEBIH BERLAGAK DARI MEREKA YANG TELAH KAYA
11.PERIKSA LIDAH SEBELUM DICALONKAN, KALAU BERCABANG TOLAK CEPAT-CEPAT
12.PERIKSA JARI, KALAU JARI HANTU SAMA PANJANG DENGAN JARI TELUNJUK, TOLAK CEPAT-CEPAT
15.PERIKSA TEKANAN DARAH DAN DEGUPAN JANTUNG, KALAU BACAANNYA LAIN MACAM, CAKAP SAHAJA TAK ADA REZEKI
16.MEREKA YANG SETUJU TIADA AURAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN