nuffnang ads

Tuesday, January 11, 2011

MISTERI 4 BUTIK PENGANTIN DIPECAH MASUK DAN DIBAKAR: KERUGIAN RATUSAN RIBU RINGGIT

DALAM tempoh dua minggu, empat butik pengantin di lokasi berdekatan di sekitar pusat perniagaan di SS2, Petaling Jaya dipecah masuk.

Tidak cukup setakat dipecah masuk dan barangan berharga dilarikan, butik berkenaan pula dibakar, sehingga ada di antara butik berkenaan kerugian ratusan ribu ringgit.

Dalam kejadian terbaru, dipercayai awal pagi semalam, butik keempat menjadi mangsa dipercayai dilakukan kumpulan yang sama.

Namun misteri keberanian dan modus operandi penjenayah yang melakukan jenayah pada perniagaan sama di lokasi sama menimbulkan misteri pada pihak berkuasa dan mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling ACP Arjunaidi Mohamed, dipetik berkata pihaknya sedang melakukan siasatan mendalam berhubung kejadian itu.

Bomba yang menerima panggilan dalam kejadian pagi semalam juga kehairanan kerana kejadian kebakaran berlaku sebanyak empat kali membabitkan premis butik pengantin di lokasi yang sama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10