ANDA malu atau segan?
Jangan khuatir. Duit syiling yang telah anda ambil @curi di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur keluar Pedas, beberapa hari lalu boleh dipulangkan dengan cara mudah.
Jangan bimbang. Duit syiling yang bukan milik anda itu boleh anda serahkan kepada mana-mana balai polis berdekatan. Ayuh...jangan malu jangan segan.
Mari...mari. Pulangkan duit syiling itu. Apa? Dah habis digunakan? Ohhh...senang saja. Pergi pinjam daripada sanak-saudara dan gantikan semula.
Ingatlah, kasihanlah. Duit itu bukan duit kita. Serahkan kepada balai polis terdekat. Kalau malu, pakai cermin mata hitam besar-besar. Ayuh....
Di Seremban, Ketua Polis Daerah, ACP Saiful Azly Kamaruddin, berkata duit syiling itu boleh diserahkan kepada mana-mana balai polis berdekatan. Jom tuan-tuan dan puan-puan. Kembalikan hak mereka. Kembalikan hak yang bukan milik kita.