ATAS nama perjuangan, sumbangan kita walaupun hanya RM1 amat berharga dan bernilai bagi mengukuhkan semula kekuatan sahabat kita di SABAHKINI.NET.
Bersamalah kita membantu di saat susah, demi menegakkan perjuangan. Sekilogram getah beku yang kita toreh hari ini atau sekilogram ikan gelama yang kita tebar seharian atau 10 gelas sirap yang kita jual di tepi jalan mungkin mampu kita ketepikan bagi merealisasikan niat murni menyelamatkan wadah pejuang kebenaran untuk rakyat jelata itu.
Belum tentu kita boleh meminta daripada mereka yang telah kaya atau yang telah mewah selepas negara tercinta merdeka. Biarlah kita dari golongan bawah yang memulakannya.
Bersamalah, walaupun kita sesusah mana, kesusahan itu akan lebih manis maknanya jika dengan bantuan sedikit yang kita hulurkan dapat menyelamatkan intan daripada hilang dari dalam genggaman.
Perjuangan menegakkan kebenaran demikian susahnya, namun kita mesti percaya pada konsep kebenaran bagai intan yang tetap bersinar. Ayuh, gerakkan hati atas nama perjuangan, bantulah sahabat kita di SABAHKINI.NET.
Biar putih tulang jangan putih mata. Lawan tetap lawan, bantulah sesama kita di kala kesusahan. Layari Sabahkini.Net untuk mendapatkan nombor akaun sumbangan.