nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

MANGSA ROGOL 15 TAHUN HANTAR SMS KETIKA MAHKAMAH JATUHI HUKUMAN KE ATAS BAPA TIRINYA

SEORANG wanita 20 tahun yang dirogol bapa tirinya, seorang lelaki warga Pakistan ketika dia berusia 15 tahun, menghantar SMS kepada pendakwa, memberitahu dia masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.

SMS itu dihantar kebetulan ketika Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan tiga sebatan ke atas lelaki terbabit kerana didapati bersalah.

Lelaki terbabit didakwa merogol anak tirinya itu di rumah keluarganya, di Brickfields, Kuala Lumpur di antara 31 Ogos dan 21 September 2006.

Ibu mangsa yang turut hadir di mahkamah hari ini, memberitahu hakim bahawa anaknya itu kini sering menangis dan kurang bercakap dengan ahli keluarga sejak kejadian dia dirogol oleh bapa tirinya itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10