SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor dan seorang lelaki lain yang bekerja sendiri dijatuhi hukuman penjara 2 dua setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas didapati bersalah kerana rasuah.
Inspektor V Vijayan, 31, dan Anthony Michael Joseph, 43, turut didenda RM30,000.
Hakim Abu Bakar Katar, berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.