TEKA teki siapa bakal mengisi kekosongan jawatan jurulatih bola sepak Kelantan, akhirnya terjawab apabila nama M Karathu disebut secara rasmi hari ini.
Karathu akan menggantikan B Sathianathan yang digantung enam bulan oleh FAM selepas didapati bersalah kerana mengkritik jadual perlawanan musim lalu.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa. Menurut Annuar, M Karathu akan mula melatih pemain skuad kijang mulai esok.