IBU muda warga Myanmar yang menikam anak baru lahir sebelum dibungkus dan disumbat ke dalam baldi di bilik air rumahnya di Kampung Jawa, Klang pagi semalam dipercayai meradak lebih lima tikaman ke tubuh anaknya.
Semua itu dikatakan kerana berpunca daripada geramnya pada suami yang meninggalkannya sejak lapan bulan lalu.
Namun melepaskan geram begitu tidak melunaskan kepuasan yang dituntut. Dia kini direman tujuh hari dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.