nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

LAPORAN TERBARU BANK DUNIA: KENAIKAN HARGA MAKANAN MEMBIMBANGKAN DAN KEMALAPAN EKONOMI DUNIA DIJANGKA BERLAKU TAHUN INI (2011)

Wajib Baca

BANK Dunia semalam, meramalkan ekonomi dunia akan kembali malap tahun ini dan mengeluarkan amaran bahawa kenaikan harga barangan, khususnya makanan di negara membangun akan meletakkan dunia kembali ke dalam kancah kemelesetan ekonomi seperti berlaku pada tahun 2008.

Sambil mengulangi amaran agar semua negara memberi perhatian terhadap perkara ini, bank itu juga membayangkan kadar inflasi dunia akan melonjak tinggi, apabila unjuran ekonomi dunia tahun ini dramalkan hanya berkembang pada kadar 3.3 peratus berbanding 3.9 peratus tahun lalu.

Didorong oleh polisi kewangan yang longgar oleh negara membangun, Bank Dunia juga menyatakan kebimbangan kenaikan harga makanan dan bahan api gagal dikekang.

"Kami amat bimbang dan menyaran agar perhatian serius diberikan terhadap kenaikan harga barangan makanan khasnya. Kami lihat keadaan sekarang menyamai situasi buruk ekonomi pada 2008, sebelum krisis ekonomi dunia berlau," kata Hans Timner, Pengarah Pengarah Pembangunan, bank berkenaan.

Maka rakyat di negara ini, terutama kepada para pemimpin negara diminta tidak memandang enteng situasi ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini.

Mencukupkan makanan dan keperluan harian rakyat mesti dilakukan mulai esok kerana rakyat akan berdepan satu lagi keadaan di mana harga barangan melonjak di luar kewarasan dan saku rakyat akan kering dan kontang.

Dan ketika itu elok sangatlah pilihanraya diadakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10