Ibu kepada tujuh anak di Gemas, Negeri Sembilan maut dalam satu kemalangan ngeri, digilis kepalanya oleh sebuah lori di Kilometer 1, Jalan Tampin-Gemas, kira-kira jam 10.45 pagi semalam.
Memilukan lagi, kemalangan itu turut menyebabkan anaknya yang berusia tujuh bulan, Nur Khairil Shah Adnan, cedera parah. Mangsa, Zuraidah Ahmad, 36, dipercayai bersama anak kecilnya itu membonceng motosikal ditunggang anak perempuannya yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata tiba di tempat kejadian, motosikal berkenaan dikatakan cuba mengelak lubang di bahu jalan dan pada masa sama sebuah lori dari belakang cuba memotong, namun kenderaan mereka bergesel.
"Lori berkenaan menggilis kepala mangsa. Bayi lelaki cedera di kepala manakala penunggang motosikal yang juga anak mangsa hanya cedera ringan" kata Wooi.
Jenzah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Kelamah, petang semalam.