nuffnang ads

Wednesday, January 26, 2011

JET LI JADI WARGANEGARA SINGAPURA


PELAKON terkenal Hong Kong, Jet Li, mengumumkan telah memperolehi kerakyataan Singapura dan amat gembira untuk tinggal di negara itu yang disifatkannya sebagai aman dan bebas daripada buruan paparazzi.

Dia juga gembira kerana anaknya akan mendapat pendidikan sempurna dalam dua bahasa iaitu, Inggeris dan Mandarin.
Jet Li kini warga Singapura

Jet Li yang memegang pasport Amerika Syarikat dan tinggal di negara itu lebih 20 tahun, dilahirkan di Beijing dan pernah membintang beberapa filem utama Hollywood.

Bagaimanapun, sehingga kini dia tidak menyatakan sama ada mahu melepaskan kerakyataan Amerika dan China walaupun undang-undang di Singapura melarang rakyatnya memiliki dwi kewarganegaraan atau pasport.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10