nuffnang ads

Thursday, January 20, 2011

JANGANLAH...AKU NAK BALIK. JANGANLAH...AKU NAK BALIK!!!

SEORANG gadis sunti berusia 12 tahun, menempuh pengalaman amat mengerikan apabila didera dan dirogol seorang daripada empat lelaki di sebuah bilik di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, Ampang.

Kejadian ngeri itu bermula apabila dia dikatakan mengikut seorang remaja yang dikenalinya sebelum bersama dengan yang lain.

Dia menaiki kereta bersama remaja dikenali dan tiga remaja lain dengan umpan konon untuk bersiar-siar. Mangsa pula lurus bendul dan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia dibawa ke sebuah flat kosong.

Apabila tiba di rumah itu, remaja terbabit mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mendapati kediaman itu tidak berpenghuni. Bila telah masuk ke dalam rumah itu, pintu pun dikunci bagi mengelak dia melarikan diri.

Di situ segalanya bermula. Walaupun dia meminta dilepaskan, namun permintaannya tidak diendahkan. Seluar mangsa dibuka dan seluruh badannya diraba sesuka hati!

Mangsa mula menangis diperlakukan begitu dan merayu minta dilepaskan untuk pulang, tetapi semakin dirayu, semakin menjadi-jadi syaitan mengaruk dan mengamuk.

Sehingga pada satu tahap, salah seorang daripada remaja lelaki terbabit bertindak merogolnya. Selepas puas, mangsa disuruh memakai seluarnya dan mereka menghantarnya pulang seolah-olah selesailah sudah satu permainan yag menyeronokkan.

Namun pada 16 Januari lalu mangsa membuat laporan polis dan bertindak daripada laporan itu, polis menahan remaja keparat itu di beberapa lokasi berasingan di sekitar Ampang.(HM)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10