nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

ISU INTERLOK SEMAKIN KALUT: MIC DESAK KERAJAAN TARIK NOVEL. SEMBILAN DITAHAN KERANA HALANG PENJAWAT AWAM


ISU novel Interlok semakin kalut di sebalik kenyataan Menteri Pelajaran bahawa nota kaki akan dicetak pada novel itu untuk penggunaannya di sekolah.

MIC menerusi presidennya G Palanivel hari ini mendesak kerajaan menarik balik arahan penggunaan novel itu di sekolah. NGO kaum India pula membuat beberapa laporan polis di beberapa negeri di seluruh negara, berhubung isu itu.

Di Taman Desa Puri, Tasek Gelugor Pulau Pinang, polis menahan sembilan orang termasuk lima wanita kerana enggan bersurai apabila berhimpun secara haram.

Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Zulkifli Illias, berkata semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalangkan tugas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10