nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

CHONG WEI JUARAI BADMINTON TERBUKA MALAYSIA KALI KETUJUH: TEWASKAN TAUFIK HIDAYAT


SEPERTI dijangka, Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan Taufik Hidayat pada pertandingan akhir Badminton Terbuka Malaysia, sekali gus merealisasikan impiannya memenangi kejohanan itu buat kali ketujuh dalam sejarah peribadinya.

Dalam pertandingan akhir yang baru sahaja berakhir, Chong Wei menjinakkan Taufik dalam straight set, 21-8 dan 21-17. Ternyata, Taufik masih belum mampu menyaingi Chong Wei di segi kecergasan dan kepelbagaian rentak permainan. Tidak banyak tentangan dihadapi Chong Wei untuk menjuarai pertandingan ini.

Dalam kedua-dua set itu, Chong Wei kelihatan mudah dan ternyata variasi permainannya sering sahaja mengelirukan Taufik. Malah pemain Indonesia itu seperti hilang upaya untuk menandingi kerencaman gaya permainan ditunjukkan Chong Wei.

Dengan ketiadaan kedua-dua perseorangan utama China yang telah dihantar pulang oleh Chong Wei semalam, iaitu Lin Dan dan Cheng Long, gelanggang akhir perseorangan hari ini ternyata kurang berseri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10