nuffnang ads

Thursday, January 20, 2011

DUA PASANGAN DICEKUP KHALWAT DI KAMPUNG LOK LAK, BESUT: PASANGAN LELAKI NAIK BUMBUNG, ATAP PECAH, DIA JATUH TERLENTANG DAN TERKANGKANG

BAGAIKAN aksi drama, apabila dua lelaki lintang pukang cuba menyelamatkan diri bagai tiada lagi esok buat mereka.

Kejadian berlaku di Kampung Lak Lok, Besut kelmarin apabila rumah tempat mereka berkhalwat dengan pasangan masing-masing diserbu Jabatan Agama Daerah Besut, jam 2.30 petang.

Seorang lelaki berusia 24 tahun, cuba menjadi spiderman, memanjat dinding dan terus menyembunyikan dirinya di atas siling rumah.

Seorang lagi, berusia 29 tahun cuba menjadi plasticman, memanjat bumbung rumah berkenaan. Bagaimanapun, nasib lelaki terbabit tidak menyebelahinya apabila atap yang dipijaknya pecah. Dalam  lintang pukang menyelamatkan diri, dia terjatuh terlentang.

Dalam keadaan terkangkang-kangkang dan terkengkang-kengkang, dia dicekup dan gagal melarikan diri. Rakannya yang bersembunyi di atas siling pula diberkas kemudiannya.

Sementara dua gadis yangg masing-masing berusia 17 tahun serta menjadi pasangan khalwat kedua-dua lelaki terbabit tidak mampu melarikan diri kerana panik dan wajah mereka pusat lesi.

Moral cerita ialah buatlah lagi!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10