DI BUKIT MERTAJAM, mayat seorang wanita dipercayai keturunan Cina ditemui di dalam sebuah belukar, berdekatan estet kelapa sawit, di Berapit pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zahruddin Abdullah, berkata mayat ditemui jam 10.30 pagi itu telah reput.
Mereka mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi ASP S Subramaniam menerusi talian 019-6351119.
Sementara di BACHOK, Kelantan pula, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam timbunan sampah di tempat pembuangan sampah di Beris Lalang, semalam.
Ketua Polis Daerah, DSP Yahya Salleh, berkata mayat ditemui bersama sampah yang dibuang oleh sebuah lori milik Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Sehubungan itu, katanya satu siasatan sedang dijalankan kemungkinan suspek yang membuang bayi itu berasal dari luar Bachok.