nuffnang ads

Friday, January 14, 2011

BUKTI SUSAHNYA CARI KERJA DI NEGARA INI: IBU TUNGGAL BUNUH DIRI!

KITA masih bermain dengan kata-kata retorik. Masih lagi. Masih lagi bermain kata-kata retorik konon negara mencipta peluang pekerjaan berpuluh ribu malah beratus ribu.

Ya..pemimpin-pemimpin kita telah sempurna menjadi pemain kata-kata yang amat manis, muluk dan merdu didendang setiap kali mahu menutup realiti kesusahan rakyat di negara ini.

Pemimpin kita selalu sahaja menjulang dua tangan ke udara seolah-olah mampu mencapai awan. Pemimpin kita sering sahaja gegarkan suara mereka menerjah angkasa, biar rakyat tahu konon negara ini amat bahagia dan tidak ada orang susah atau sengsara.

Pagi hening ini marilah kita renung dan hayati sebuah kisah tragis ibu tunggal di Ledang, Johor. Marilah, kita renung kisah ini dan sambil merenung kisah ini pemimpin kita tidak perlu berhenti bermain kata-kata retorik. Lihat kesengsaraan wanita ini. Sambil bermain kata retorik kita renung nasib malang wanita beranak tiga ini.

Mangsa berusia 41 tahun akhirnya memilih jalan meminum racun untuk menamatkan dukacitanya. Dia memberitahu kawan-kawannya, dirinya amat tertekan kerana terlalu sukar mencari pekerjaan kerana usianya telah lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Sejak ditinggalkan suami, dia terpaksa menyara tiga anaknya melakukan kerja bak kais pagi makan pagi. Dia perlukan pekerjaan yang lebih baik tetapi katanya, susah sangat dia memperolehi pekerjaan di negara ini! Susah betul. Betul-betul susah!

Mangsa tinggal berjauhan daripada keluarganya akhirnya memilih jalan singkat. Dia telah pun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pihaknya menerima laporan kematian wanita itu jam 1.30 tengah hari Isnin lalu.

Apakah kita masih mahu bermain retorik, tidak mahu turun ke padang menjengah kehidupan rakyat yang melarat dan bangsat?

LAPORAN BERITA ADA DI DALAM HARIAN METRO

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10