nuffnang ads

Thursday, January 6, 2011

BANJIR DATANG LAGI: GELOMBANG KETIGA MELANDA PAHANG/TERENGGANU/KELANTAN

GELOMBANG ketiga banjir mulai melanda 3 negeri di pantai Timur, Pahang, Kelantan dan Terengganu bermula malam tadi dan mulai memburukkan selepas 9 pagi hari ini.

1,000 pelajar di dua sekolah kebangsaan di arah pulang di Terengganu manakala lebih 500 orang telah dipindahkan di Hulu Terengganu membabitkan kawasan Tersat dan Hulu Telemong. Di Setiu pula, seramai 78 mangsa telah dipindahkan.

Kini 5 pusat pemindahan banjir dibuka di Terengganu, membabitkan empat di Hulu Terengganu dan sebuah di Setiu.

Air di Sungai Kuala Brang dan Sungai Setiu dilaporkan semakin naik manakala air di Sungai Dungun pula telah melebihi paras bahawa 21.5 meter.

Di Pahang, dua jalan mulai dinaiki air sehingga 0.3 meter hingga 0.5 meter. Dua jalan berkenaan ialah di Jalan Cherating-Kemaman dan Jalan Kuantan-Kemaman. Jalan Cherating-Kemaman kini telah ditutup kepada semua lalulintas.

Di Rantau Panjang, Kelantan air mula melimpah dari Sungai Golok dan bacaan terbaru menunjukkan ia telah mececah paras bahaya, melebihi 9 meter. Hujan lebat berterusan sehingga kini dijangka memburukkan keadaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10