nuffnang ads

Thursday, January 6, 2011

3 BANGUNAN KEDAI LAMA ROBOH DIREMPUH TRELER:PEMANDU DIHEMPAP BATU-BATA

TIGA bangunan kedai lama di pekan Chemor, Perak roboh awal pagi apabila dirempuh sebuah treler membawa muatan berat.

Kejadian berlaku jam 8.30 pagi apabila treler dalam perjalanan dari Sungai Siput ke Ipoh itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan. Pemandunya gagal mengawal keadaan menyebabkan treler itu merempuh bangunan kedai terbabit.

Pemandu tersepit di dalam trelernya, kemudian dihempap pula ratusan batu-bata yang jatuh dari bangunan yang dirempuh.

Kepantasan pasukan bomba dan penyelamat seramai 12 orang diketuai Mohamad Idris, berjaya mengeluarkan pemandu terbabit dalam tempoh 30 minit.

Mangsa yang parah dari paras pinggang ke bawah, dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainon di Ipoh, untuk mendapatkan rawatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10