nuffnang ads

Friday, January 7, 2011

BANJIR BURUK DI TERENGGANU: 1,000 LAGI DIPINDAHKAN MALAM TADI

DALAM tempoh 12 jam, banjir di Terengganu terus memburuk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga kawasan terbabit semakin meningkat.

Sehingga pagi ini 1,638 penduduk telah dipindahkan berbanding 692 orang sehingga petang semalam. Jumlah mangsa terbesar dipindahkan ialah di Hulu Terengganu melibatkan 935 mangsa. Di Setiu pula seramai 403 orang manakala di Kemaman seramai 265 orang.

Air di Sungai Besut juga terus meningkat naik apabila pagi ini mencecah bacaan 35 meter berbanding paras bahaya pada tahap 33 meter.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10