nuffnang ads

Tuesday, January 18, 2011

ADA AHLI POLITIK MULAI TERKENCING: RUDOLF ELMER SERAH DATA 2,000 PEMEGANG AKAUN BANK SWISS KEPADA JULIAN ASSANGE

Dalam cd ini ada data 2,000 pemegang akaun bank di Swiss yang akan didedahkan oleh Wikileaks kerana dipercayai pelari cukai dan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
ADA ahli politik di beberapa negara dikatakan mulai terkencing-kencing, malah sebahagiannya mengalami sindrom kencing tidak tus, apabila bekas pegawai bank terkemuka di Switzerland, Rudolf Elmer menyerahkan dua CD mengandungi data 2,000 pemegang akaun bank di negara itu, kepada pengasas Wikilekas, Julian Assange.

Kesemua data itu dipercayai sebahagian besarnya cuba melarikan cukai, manakala yang lain terbabit dalam urusan kewangan yang meragukan.

Tanpa menyebut nama negara secara khusus Elmer berkata, beliau berusaha selama lima tahun untuk membuat pendedahan itu kerana ia menjadi antara punca eonomi dunia bercelaru.

Sebagai misal katanya, beberapa hari lalu lebih RM38 bilion dikeluarkan oleh seseorang dari Tunisia, membabitkan simpanan di bank Swiss.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10