nuffnang ads

Monday, April 26, 2010

RAWAT TANPA BEDAH DI HUSM KUBANG KERIAN

SHAH ALAM: Percayakah bahawa slip disc atau cakera gelincir di bahagian tulang belakang, tidak semestinya dibedah untuk merawatnya. Sebaliknya ia boleh dirawat menggunakan kaedah radiofrekuensi, iaitu menggunakan suntikan khas ke saraf yang mengalami kesakitan.
Selama ini saya selalu diberitahu, kalau kita mengidap kecederaan tulang belakang, termasuk skoliosis (tulang bengkok) kita akan diarahkan berjumpa pakar ortopedik. Biasalah...doktor akan menyarankan pembedahan walaupun tiada jaminan ia akan selamat. Malah selama ini banyak kes pembedahan tulang belakang, menyebabkan pesakit semakin kronik, termasuk lumpuh.
Pengalaman dirawat oleh pakar sakit kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, membuka mata saya dan percaya, selama ini sesetengah pesakit tidak mendapat nasihat atau pandangan yang betul apabila berdepan kecederaan tulang belakang.
Sikit-sikit bedah...sikit-sikit bedah. Kosnya pula, kalau di hospital swasta jangan kira. Saya pernah dihubungi seseorang yang mencadangkan saya dirawat di hospital swasta. Nak tahu kosnya? Gila...RM80,000.
Saya bukan orang kaya. Bila bertanya banyak pendapat dan Allah temukan pakar sakit kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, saya berasa seperti ada cahaya di hujung terowong hidup yang gelita selama ini. Dia buat kerja secara profesional. Tapi saya pelik, masih ada doktor memandang sinis usaha beliau sehingga bertanyakan kepada saya, boleh baik ke?
Bila agaknya pertentangan pendapat antara doktor dari bidang berbeza akan berkesudahan? Apakah ada yang tersirat di sebalik pertentangan pendapat yang tersurat itu? Apakah ia melibatkan soal maruah, profesionalisme. Atau soal duit...
Hakikatnya, bisa saraf saya telah tiada. Kalau mahu mengharapkan sembuh kerana pembedahan, saya sampai hari ini tak rasa yakin. Apa pun, Allah Maha Berkuasa.
Anda yang mengidap kecederaan belakang dan telah menjejaskan saraf, saya cadangkan cuba dapatkan rawatan daripada Dr Nizar, di Hospital USM, di Kubang Kerian, Kelantan.

HULU SELANGOR

SHAH ALAM: Tahniah Kamalanthan. Kemenangan telah digapai. Impian sedang menuju puncak. Kelebihan undi sebanyak 1,725 adalah bukti yang mengesahkan sebuah kemenangan. Namun jangan lupa, harga tentang sebuah kemenangan terlalu mahal. Kemenangan pula dinilai daripada pelbagai sisi.
Sudahkah anda bersedia memikul beban yang diberikan oleh sebuah kemenangan yang telah diperolehi itu? Apakah anda yakin bahawa anda selayaknya menang? Apakah kemenangan anda sebenarnya adalah kerana anda kuat dan lawan anda, Datuk Zaid Ibrahim lemah? Apakah kemenangan anda sebenarnya adalah kemenangan Barisan Nasional dan kekalahan bagi Pakatan Rakyat?
Saya menyarankan anda agar tidak berlebih-lebihan untuk meraikan kemenangan ini. Pada pandangan saya anda sebenarnya "kalah" dalam erti kata sebenar. Walaupun kemenangan dengan satu undi sekalipun tetap dianggap menang, tapi jumlah majoriti yang anda perolehi sebenarnya tidak menggambarkan kemenangan.
Maksud saya dengan segala kekuatan yang datang membantu anda, termasuk janji pembangunan dan tumpuan istimewa kepada pengundi di Hulu Selangor oleh jentera BN serta entah berapa banyak peruntukan dijanjikan kepada pengundi, jumlah majoriti yang anda perolehi tidak berbaloi.
Perlu diingat jumlah undi diperolehi PKR tidak berkurangan berbanding jumlah diperolehi calon parti itu pada 2008. Malah jumlah diperolehi Datuk Zaid juga sedikit bertambah. Kalau dilihat pada angka lebih 23,000 undi yang diperolehi PKR, sebenarnya kemenangan BN tidak menjanjikan apa-apa harapan. Ia sekadar kemenangan biasa yang disahkan oleh kelebihan angka semata-mata.
Pada segi martabat, darjat dan harga diri, kemenangan ini tidak menggambarkan apa-apa. Oleh itu, Kamalanathan harus bersedia untuk bekerja lebih keras. Jangan jadikan kepala sahaja keras seperti batu, tapi keraskan hati untuk memenuhi segala janji yang telah diluahkan kepada pengundi selama ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10