nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

YASMIN AHMAD - PENGARAH FILEM TERBAIK FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE 54

Allahyarham Yasmin Ahmad...catat sejarah negara buat julung kali dianugerahkan Pengarah Terbaik sempena Festival Filem Asia Pasifik ke 54 di Taipei malam tadi.

SEJARAH tercatat dalam dunia seni di negara ini apabila buat julung kalinya seorang pengggiat seni tanah air dianugerahkan sebagai Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke 54 yang berlangsung di Taipei, malam tadi.

Penerimanya, tidak lain dan tidak bukan adalah allahyarham Yasmin Ahmad, penggerak di sebalik filem Mualaf yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Ketua Perwakilan Malaysia ke festival itu, Ahmad Puad Onah menerima anugerah berkenaan bagi pihak keluarga Yasmin Ahmad.

Puad yang juga Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, berkata anugerah itu adalah pertama kali diterima oleh penggiat filem negara ini dan dianggap sebagai satu catatan sejarah di negara ini.

Filem Muaalaf yang dibintangi oleh Sharifah Amani adalah berkisar cerita tiga individu yang mencari ketenangan jiwa menerusi medium agama.

Dunia seni tanahair seharusnya berbangga kerana pernah melahirkan seorang insan yang dihormati di peringkat antarabangsa, seperti allahyarham Yasmin Ahmad.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10