nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

JANJI ITU HANYA MAINANKAH?

27 juta rakyat Malaysia masih ingat janji bahawa minyak RON95 tidak akan dinaikkan harganya sehinggalah hujung tahun ini. Siapakah yang berjanji itu? Kerajaan Barisan Nasional!

Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji. Walaupun kenaikan hanya 5 sen, tetapi yang dinilaikan orang ialah harga sebuah janji! Apakah makna janji selama ini. Apakah janji akan hanya terus menjadi mainan, sama seperti beberapa janji yang pernah diucap dan masih basah dalam ingatan rakyat sejak 53 tahun lalu?

Kita harus menjadi manusia yang berpegang pada janji untuk dihargai dan dihormati. Dan selepas ini jangan salahkan rakyat jika segala janji yang ditaburkan semakin tidak akan dipedulikan rakyat. Ini kerana bagi rakyat, janji pemimpin harus ada harganya dan tidak dinilai lebih murah daripada harga tapak sepatu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10