SEORANG wanita warga emas di Singapura pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan matanya. Selepas pemeriksaan dia diarahkan mengambil ubat di kaunter farmasi hospital berkenaan.
Sebaik tiba di rumahnya, wanita itu terus menyapu ubat yang diberikan kepadanya. Tiba-tiba dia terasa matanya seperti terkena gam. Kelopak matanya terus tidak boleh dibuka.
Anak lelakinya, Austin kemudian memeriksa kotak ubat yang diberikan. Alangkah terperanjatnya lelaki itu apabila mendapati ubat mata yang digunakan ibunya itu sebenarnya adalah gam digunakan untuk rawatan gigi.
Rupanya kakitangan farmasi hospital itu telah tersilap kerana ejaan dan bungkusan kotak kedua-dua ubat berkenaan hampir serupa.
Ubat rawatan mata sepatutnya :"Solcoseryl 20% Eye Gel" tetapi ubat diberikan kakitangan farmasi: "Solcoseryl Dental Adhesive Paste".
Nah engkau...masak kena saman lepas ni!