MAHKAMAH Tinggi Temerloh, hari ini menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes saman bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman, terhadap Syes Abdullah Syed Hussein atau dikenali Uncle Seekers.
Hakim Prasad Abraham, menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar permohonan interparte dan bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam untuk Uncle Seekers selepas dia disahkan muflis.
Siti Aishah diwakili oleh tiga peguamnya, T Gunaseelan, Anthony Sebastian dan Ikmal Hisan Idris. Beliau menyaman Uncle Seekers yang didakwanya telah melanggar termasuk mendedahkan maklumat sulit beliau.