nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

TIMBALAN PERDANA MENTERI GESA GOLONGAN MUDA JANGAN TERJEBAK TIPU DAYA SEGELINTIR MEDIA

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan golongan muda agar tidak terjebak dalam penyelewengan dan putar belit berita yang dilakukan oleh segelintir media.

Ini satu nasihat yang bagus supaya golongan muda tidak terpengaruh dengan berita putar belit @ putar alam yang dihidangkan media.

Sebagai contoh, berita yang benar ialah selepas 53 tahun merdeka orang Melayu paling ramai miskin di negaranya sendiri. Ini bukan berita putar belit. Berita begini adalah benar yang tidak boleh dinafikan.

Sebagai contoh lagi, selepas 53 tahun merdeka, kerajaan yang diterajui Umno pernah berusaha untuk memastikan ekuiti pegangan ekonomi orang Melayu akan tercapai ke paras 30 peratus. Bagaimanapun kerajaan yang ada telah gagal melaksanakan hasratnya itu. Ini pun adalah berita benar yang sepatutnya berita benar seperti ini sahaja tersiar di dalam media.

Contoh putar belit berita ialah projek pengubahsuaian kompleks sukan di Pandamaran mencecah jutaan ringgit. Hakikatnya berita ini tidak benar sebab Majlis Perbandaran Klang (MPK) sendiri mengesahkan mesyuarat atau perbincangan mengenai kos bagi projek itu pun belum pernah dijalankan. Apatah lagi proses melantik kontraktor. Jika projek belum diketahui hujung pangkal, kontraktor pun belum dipilih, tentulah golongan muda tahu berita ini bohong sebab media yang itu...ops..tuuut...tuuut terus menyebarkan berita konon kos projek itu mencecah jutaan ringgit.

Semoga generasi muda faham yang mana berita benar dan yang mana berita tidak benar. Generasi yang berpelajaran tentu dapat menilai media mana atau televisyen mana yang berwibawa atau tidak kerana menyiarkan berita yang kurang benar, separuh benar dan tidak benar!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10