nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

PRAMUGARI MAS TERBUNUH DALAM KEMALANGAN

Sweet...terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Pulau Pinang, awal pagi Khamis

SEORANG pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Ng Sweet Yuin, 27, yang telah dua tahun berkhidmat sebagai pramugari terbunuh apabila kereta MyVi yang dipandunya bertembung dari arah depan dengan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu remaja lelaki 22 tahun.

Sweet Yin mati di tempat kejadian kerana cedera parah manakala remaja pemandu Proton Satria yang dikatakan siswa sebuah universiti di Australia yang sedang bercuti semester, cedera di kaki dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Ibu Sweet Yuin dipetik berkata, anaknya itu pulang dari Kuala Lumpur untuk menziarahi neneknya selepas mendengar berita neneknya akan menjalani pembedahan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10