nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

TIMBALAN MENTERI WANITA UMNO ADA HUBUNGAN INTIM DENGAN PEGAWAI PEMIMPIN NEGARA: UMNO KENA JELASKAN, FITNAH ATAU APA?

MAHU atau tidak UMNO terpaksa menebalkan muka untuk menjelaskan kepada rakyat tentang cerita dan berita yang semakin hangat di dalam internet dan beberapa blog tentang adanya hubungan istimewa di antara seorang Timbalan Menteri wanita Umno dengan seorang pegawai kepada seorang pemimpin negara.

Berdasarkan rayauan terhadap bebeberapa blog dan tanyaan-tanyaan kepada beberapa pihak dan puak, cerita dan berita itu seolah-olah ada benarnya.

Timbalan Menteri wanita berkenaan yang dikatakan seorang janda oleh beberapa blog dikatakan amat intim dan dilihat sering bersama lelaki berkenaan sehingga pelbagai pihak termasuk orang kampung juga semakin bercerita. Ada yang mendakwa nampak mereka di vila, ada yang kata si lelaki datang malam.

Umno demi menegakkan falsafah perjuangan untuk tidak lagi berada dan hidup dalam dunia atau zon penafian mesti berani kali ini kerana yang tersurat hanyalah cerita peribadi. Namun yang tersirat itu akan digali rakyat kerana membabitkan sahsiah dan imej.

Dalam keadaan Umno dan pemimpinnya bukan sahaja mesti bersih dan kelihatan bersih di segi moral, Umno terutama pemimpin tertinggi mesti menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Umno tidak wajar melihat cerita dan berita begini sebagai enteng. Bukan orang politik yang ingin tahu, rakyat yang akan mengundi yang sebenarnya ingin lebih tahu.

Jika tidak benar, tidak benarlah tetapi jika benar dipersilakan berbuat sesuatu sebelum Umno terlewat dan dilewatkan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10