MENTERI yang jaga kepentingan wanita dan keluarga, Sharizat Jalil, hari ini masih lagi mempertikaikan isu perkahwinan muda rakyat di negara ini.
Terbaru dalam nada tegas hari ini, beliau memberitahu wartawan bahawa beliau meminta hakim mahkamah syariah mempertimbangkan baik-baik permohonan berkahwin bagi mereka yang masih muda.
Katanya, isu baligh sudah berbeza kerana remaja hari ini cepat balighnya kerana mendapat makanan baik-baik dan kesihatan mereka elok.
Nampaknya jelas Sharizat sudah jauh terbabas. Beliau kelihatan mencampuri kebijaksanaan hakim syariah dan ini adalah amat dikesali sama sekali.
Perkahwinan yang sah terus jadi bebelan sehingga boleh memerangkap umat Islam di negara ini dengan satu masalah memalukan pada pandangan penganut agama lain.
Apa sebenarnya masalah Sharizat ini? Dia kata hari ini remaja cepat baligh tetapi dia tidak teringatkan zaman dulu, umur 12 tahun pun dah baligh juga dan zaman dulu lebih banyak wanita berkahwin muda. Malah tidak langsung mencetuskan masalah. Lebih mengkagumkan pasangan zaman dulu terbukt berjaya mendidik anak yang ramai sehingga menjadi orang.
Kita amat bimbang kecelaruan cara Sharizat ini. Menegur hakim syariah seolah-olah menunjukkan kepada umat lain yang hakim mengendalikan kes agama Islam berada pada kelas yang berbeza! Kacau betul! Tolong komen sikit para hakim yang bijaksana.