PAS mendakwa ucapan Perdana Menteri yang disiarkan media Sabtu lalu sebagai satu ucapan yang amat berbahaya.
"Jika Umno tidak menang, tiada sesiapa boleh atau akan menang" ucapan itu menurut salah seorang pemimpin PAS, Datuk Mahfudz Omar ditafsirkan sebagai satu ugutan dan merujuk bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk tidak kalah.
Sehubungan itu ada baiknya Perdana Menteri menjelaskan keadaann kerana kini ucapan itu ditafsirkan rakyat dengan pelbagai tafsiran yangg antara lain menunjukkan Umno tidak yakin untuk menang dan Umno akan melakukan sesuatu di luar demokrasi untuk terus berkuasa.
Sama ada Perdana Menteri mempunyai niat lain, tiada sesiapa pun tahu tetapi penilaian rakyat adalah berbeza dan Najib seharusnya menjelaskan semula petikan ucapan itu.