SATU daripada tiga mayat mangsa lemas yang hilang dalam tragedi di Pantai Chendering, semalam baru sahaja ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Salina Salleh, memaklumkan mayat itu dikenali sebagai Raymond Shanmugam, 26 tahun. Mayatnya ditemui kira-kira 50 meter dari tempat dia dikatakan lemas semalam.