nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

ORANG MELAYU ISLAM NAK MINTA PASANGAN BUKAN ISLAM YANG BERKHALWAT/BERZINA TURUT DIKENAKAN TINDAKAN. BOLEH TAK?

APA kata kalau orang Melayu Islam memohon supaya pasangan bukan Islam yang berkhalwat atau berzina dengan orang Islam, turut dikenakan tindakan supaya kelihatan adil.

Ini kerana orang Islam telah banyak bertolak ansur. Contohnya, dalam Islam tidak boleh berjudi dan minum atau buat arak. Tapi di Malaysia, orang Islam telah lama bertolak ansur dengan memberi hak kepada bukan Islam melakukan di sebaliknya, iaitu boleh berjudi, boleh buat kedai judi, boleh minum arak dan boleh menjual arak.

Itu sudah dikira pengorbanan dan tolak ansur orang Melayu Islam. Jadi rasa-rasanya tak salah kalau kita memohon hak umat Melayu Islam seperti dalam kes berzina atau berkhalwat ini pun bolehlah pula diterima bukan Islam. Macam mana?

Begitu juga dalam ekonomi, kita umat Melayu Islam telah lama membantu orang bukan Islam berjaya dalam ekonominya tanpa gangguan. Contohnya ialah bila memohon kedai atau premis jualan nombor ramalan. Kini ada lebih 10,000 kedai seumpama itu rasanya yang jadi milik bukan Islam. Orang Melayu tak ganggu pun atau beri saingan pun dalam pemilikan premis yang sah boleh menguntungkan malah boleh menjadikan pemiliknya jutawan. Malah, orang Melayu turut menyumbang dengan membeli nombor ramalan untuk menambahkayakan lagi pemiliknya.

Apa macam? Boleh tak? Minta sikit aje dulu, jangan melenting. Chua Soi Lek mungkin boleh menyokong permohonan agar pasangan bukan Islam dikenakan hukuman juga jika berkahalwat atau berzina. Tak boleh ikut undang-undang syariah, ikut undang-undang sivil. Hal ini ada baiknya, sebab boleh mencegah kemungkaran!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10